Saturday, January 15, 2011

Dari mane asalnye Apple ??? (Episod 2)

Steve Jobs dilahirkan di San Francisco, California oleh Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat, dan Abdulfattah John Jandali, bapanya yang berkebangsaan Syria, dengan kedua-dua mereka itu merupakan penuntut siswazah ketika itu. Bapanya kemudian menjadi profesor sains politik.Seminggu selepas kelahirannya, Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara (née Hagopian) Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California.Mereka memberinya nama Steven Paul Jobs.
Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson


, yang Jobs tidak pernah bertemu sehingga mereka dewasa. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.
Jobs belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California,dan seringnya menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak sebagai pekerja musim panas.Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan mendaftarkan masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir selepas hanya satu semester,beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed. "Jika saya tidak meneruskan kursus tunggal itu semasa di kolej, Mac tidak akan mempunyai berbagai-bagai muka taip atau fon teruang mengikut kadar," beliau berkata.
Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai perjumpaan-perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak.Beliau bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari ketenangan rohaniah. Semasa dekad 1960-an, wisel yang terkandung di dalam setiap kotak bijirin sarapan Cap'n Crunch didapati oleh para pemphreak telefon (dan dipopularkan oleh John Draper) bahawa ia boleh mengeluarkan semula nada penyeliaan 2600 Hz yang digunakan oleh sistem telefon jarak panjang AT&T jika separuh wisel itu dilekatkan dengan pita perekat. Selepas membaca tentang perkara itu dan berjumpa dengan John Draper kemudian, Jobs dan Wozniak memulakan sebuah perniagaan yang tidak lama wujud pada tahun 1974 untuk membina "kotak biru" yang membenarkan panggilan jarak panjang percuma yang haram.
Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed (yang kemudiannya menjadi pekerja Apple yang pertama), untuk mencari kesedaran falsafah. Beliau kembali dengan berpakaian India tradisional serta kepala tercukur. Jobs kemudian kembali ke pekerjaannya di Atari dan ditugasi untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.

Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari ketika itu sedang menawarkan AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam mesin permainan. Jobs tidak mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang reka bentuk papan litar dan membuat perjanjian dengan Wozniak

bahawa beliau akan membahagikan bonusnya dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan cip tersebut. Yang sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip melalui sebuah reka bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan dengan rangkaian pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa Atari hanya membayarnya AS$700 (sedangkan yang dibayar ialah AS$5,000) dan oleh itu, bahagian Wozniak adalah AS$350.

No comments:

Post a Comment

Mungkin anda minat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...