Sunday, January 30, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh pembebas CONSTANTINOPLE (Istanbul)

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Akhirnya,hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN


Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.




Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.

Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.



Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.

Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda.

Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.



SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

***thanks tu www.iluvislam.com

Wednesday, January 26, 2011

Puas hati


At last perangai bos yang berlagak macam bagus dapat jugak kteorg semua kenakan...pukul 2pm hari Selasa 25hb. 4 org staff termasuk aku pegi ke Pejabat Tenaga Kerja (Subang) d Wisma Consplant2. Lebih kurang 40minit jugak la bwt report kat pegawai yg bertugas then Time tu jugak la pegawai tu call Bos berlagak (BB). Bos ckp die on the way ke hospital, xtau la betul ke tidak lantak lah. So lepas settle bwt report kteorg pun balik, tup tup pukol 4pm gaji pun masuk. Maybe sbb (BB) takut dikenakan tindakan undang2. Ape2 pun kteorg tetap memfailkan aduan terhadap (BB) tu, niat kteorg bukan ape biar die ubah budaya lambat membayar gaji kpd staff...

Sunday, January 16, 2011

Bengang Gaji Lambat

xpenah2 dlm sejarah aku mogok xpegi keje. sumenye disebabkan gaji xmasuk2 lagi, aku buat mogok dari hari isnin (10.01.11) sampai la kamis (13.01.11).
Disebabkan rasa marah yang meluak2 aku pun pegi jugak ke opis petang kamis (13.01.11). Dengan perasaan marah, aku pun straight ke bilik bos & terus tutup pintu dan kunci.


Aku: Ha!!! bos pe crita mane gaji ni??
Bos: (dengan muka pucat lesu)Awak ni kenapa ni? nak datang pukul saye ke?
Aku: Mane gaji!!!Saya dah mcm pengemis mintak duit saya sendiri kat bos.
Bos: Awak ni panas baran ni siap dtg dgn marah2 camni, awk tau x kalau awk letak marah awk di depan mmg merugikan awk.
Aku: Saya xpeduli saya nak tahu kanapa gaji & staff2 lain tak masuk2 sampai sekarang!
Bos: Awk kena faham yang comp ni xde collection bulan lepas.
Aku: Itu saya xpeduli! xkan la saya pulak yg nak kene pikir masalah comp ade duit ke tidak, dalam comp ni ade share utk saya ke?
Bos: Habis awk nak saye buat ape? pegi kejar penghutang2 saya tu mcm cara awk ni dtg mintak gaji marah2?
Aku: Itu lantak bos la nak buat mcm mana pun.saya ni nak bayar sewa rumah, nak mkn minum, isi myk kete, nak bg duit kat adik2 lagi.
Bos: Saya xheran boleh cari pengganti awk, besok ade 2 org akan dtg interview utk replace tempat awak. Kalau awk nak lapor kat pejabat buruh pun lapor la, tapi tgkla gaji awak bulan 12 ni saya byr dlm 2/3 bulan lagi.
Aku: Saya xheran pun, mmg bos yang salah bagi gaji lambat.
Bos: Awk ni panas baran (diulangnye ayat yang sama sampai aku rase mengantuk sbb baru lepas mkn).

Bertekak-tekak last sekali bos xberani pun pecat aku sbb die tau yang aku je staff yg boleh buat kerje2 akaun die ni. Walaupun die pancing nak naikkan gaji aku, aku tetap xpercaya nak bagi yg sikit pun xmampu, ini kan pulak gaji yag besar.

Harini dimulakan dengan langkah kanan keluar dari rumah menuju ke tempat kerja dengan harapan dapat terima gaji bulan 12. Tup tup sampai di office bos cakap gaji xdapat bagi lagi harini sebab masalah itu ini la...punye la hangin rase nak tampar je muka bos yang pendek tu.

Dahla buat muka innocent
siap tanye aku ade x client yang nak bayar boleh saya guna duit tu buat bayar gaji awak semua.Aku cukup panas sbb xdapat lagi hak aku.

Saturday, January 15, 2011

Dari mane asalnye Apple ??? (Episod 2)

Steve Jobs dilahirkan di San Francisco, California oleh Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat, dan Abdulfattah John Jandali, bapanya yang berkebangsaan Syria, dengan kedua-dua mereka itu merupakan penuntut siswazah ketika itu. Bapanya kemudian menjadi profesor sains politik.Seminggu selepas kelahirannya, Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara (née Hagopian) Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California.Mereka memberinya nama Steven Paul Jobs.
Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson


, yang Jobs tidak pernah bertemu sehingga mereka dewasa. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.
Jobs belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California,dan seringnya menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak sebagai pekerja musim panas.Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan mendaftarkan masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir selepas hanya satu semester,beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed. "Jika saya tidak meneruskan kursus tunggal itu semasa di kolej, Mac tidak akan mempunyai berbagai-bagai muka taip atau fon teruang mengikut kadar," beliau berkata.
Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai perjumpaan-perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak.Beliau bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari ketenangan rohaniah. Semasa dekad 1960-an, wisel yang terkandung di dalam setiap kotak bijirin sarapan Cap'n Crunch didapati oleh para pemphreak telefon (dan dipopularkan oleh John Draper) bahawa ia boleh mengeluarkan semula nada penyeliaan 2600 Hz yang digunakan oleh sistem telefon jarak panjang AT&T jika separuh wisel itu dilekatkan dengan pita perekat. Selepas membaca tentang perkara itu dan berjumpa dengan John Draper kemudian, Jobs dan Wozniak memulakan sebuah perniagaan yang tidak lama wujud pada tahun 1974 untuk membina "kotak biru" yang membenarkan panggilan jarak panjang percuma yang haram.
Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed (yang kemudiannya menjadi pekerja Apple yang pertama), untuk mencari kesedaran falsafah. Beliau kembali dengan berpakaian India tradisional serta kepala tercukur. Jobs kemudian kembali ke pekerjaannya di Atari dan ditugasi untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.

Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari ketika itu sedang menawarkan AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam mesin permainan. Jobs tidak mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang reka bentuk papan litar dan membuat perjanjian dengan Wozniak

bahawa beliau akan membahagikan bonusnya dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan cip tersebut. Yang sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip melalui sebuah reka bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan dengan rangkaian pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa Atari hanya membayarnya AS$700 (sedangkan yang dibayar ialah AS$5,000) dan oleh itu, bahagian Wozniak adalah AS$350.

Friday, January 14, 2011

Dari mane asalnye Apple ??? (Episod 1)

Ramai dari kita xkenal pun sape pengasas Apple. Gadget2 Apple memang famous & sudah tentula harganya pun kena fikir 10 kali before beli tapi kualiti memang terjamin. Inilah orangya Steven Paul Jobs
(lahir pada 24 Februari, 1955) adalah CEO Apple Computer. Hasil Steve Jobs dan Steve Wozniak maka lahirlah komputer Apple pertama dunia seperti ini.
Jobs membantu mempopularkan konsep komputer rumah melalui Apple, dan merupakan di antara orang yang pertama menyedari potensi perdagangan Antara muka pengguna grafik (GUI) dan tetikus. Beliau menyelia integrasi teknologi-teknologi berkenaan ke dalam Apple Macintosh. Beliau turut mengetuai Apple Computer bagi perkembangan mendadak iPod.
Beliau jugalah yang memperkenalkan produk berteknologi dan berinovasi tinggi, termasuk iPhone dan iPad yang menjadi kegilaan di serata dunia, termasuk Malaysia. Sebelum itu, beliau popular dengan komputer Macintosh.
Malah kini pelbagai syarikat pengeluar komputer dan telefon bimbit di serata dunia mula meniru mengeluarkan produk hampir sama, termasuk komputer tablet dan telefon pintar berikutan sambutan hangat pengguna di seluruh dunia.
Jobs juga merupakan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pixar Animation Studios, satu syarikat penerbitan bebas yang telah menerbitkan banyak filem-filem animasi seperti The Incredibles dan Toy Story. The Walt Disney Company telah bersetuju untuk membeli Pixar sebanyak ASD$7.4 bilion dalam bentuk stok, perjanjian yang dijangka ditandatangani pada musim panas 2006. Urus niaga ini akan menjadikan Jobs seorang pemegang saham terbesar dalam Disney dan beliau akan diberikan satu tempat dalam lembaga pengarah syarikat.

Mungkin anda minat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...