Thursday, March 1, 2012

Aku kini seorang usahawan...

Syukur ke hadrat ilahi hampir setahun sudah aku di alam bisness. Sesuatu yang xdiduga sama sekali, xpernah pun tefikir untuk membuka perniagaan sendiri. Impian masa study dulu settle je belajar dr UiTM nak terus kerje best2 di company yang best2,dapat gaji best2 dan pakai kereta best2. Rupa2 nya xbest pun kerje makan gaji ni even dah dapat kerje di company yg best. 

Kisahnya bermula begini,
Tiap2 pagi terpaksa bangun seawal pagi yg boleh nak kene mandi & siap2 gosok baju semua before solat subuh, pastu start moto ke opis. Sesampai je opis b'fast semurah/sejimat yg boleh sbb lunch nanti nak mkn nasi pulak. Bujet utk mkn kene estimate RM10 je setiap hari. Gaji sebulan RM1200 jer itupun xtolak lagi potongan KWSP & SOCSO. Pergh!! Memang perit rasanya hidup di KL dgn gaji sebyk tu pernah sampai satu tahap bulan tu kene pulak repair moto, terpaksa pinjam duit awek dan duit family sebab xcukup duit. Gado dgn awek pun selalu jugak  sbb kadang2 weekend pun kene keje sbb bos suruh, so xde masa nak luangkan masa dgn awek. Paling xtahan bile nak apply cuti tgk adik konvo pun bos xbagi sbb keje di opis byk katanya. Aku memang pantang kalau ada sapa2 yg halang aku kalau aku nak balik kpg jumpa family. 

Solution aku lepas tu, 
Macam yg ramai org buat jump kerja. Aku tukar kerja ke shah alam dgn offer extra RM100 dr gaji tempat lama. Aku pun setuju dgn position Account Exec, rumah sewa pun aku cari yg dkt2 so dptla cut cost minyak kete. Keje xsampai 3 bulan company tu pulak yg buat hal pasal gaji xboleh bayar on time sedangkan aku nak kene byr rumah sewa lagi. Nasib baik la masa tu aku xde loan kereta lagi. Aku pun dah mati akal mcmane la aku nak survive, aku teruskan dgn keje freelance aku buat akaun company2 kecik sekitar shah alam ni.

Perubahan demi perubahan, (daftar SSM)
Tanggal 13 April 2011, nama NADIM GLOBAL RESOURCES sah berdaftar so semakin serius la aku dgn dunia bisness, family & awek aku pun xcaya yg aku betul ke nak bisness sdgkan ramai kwn2 semua duk keje mkn gaji. Aku bertekad & yakin langkah yg aku buat ni xkan kecewakan dieorg. 

Perubahan demi perubahan, (sewa office)
Alhamdulillah job freelance aku pun makin bertambah sampaikan bilik yg aku sewa tu pun dah penuh dgn fail2 & dokumen2 client. Aku pun try cari office utk disewa tapi aku nak stay dlm opis tu sbb kdg2 keje yg aku kene buat sampai 3-4 pagi. Jadi aku pun cari dlm Mudah.my terjumpa pulak opis yg dipanggil "SOHO" small office home office. Ha! Kene la dgn yg aku nak tadi tu, aku pun menyewa la di FIRST Subang SOHO. Sewa mmg agak mahal bagiku RM1800 sebulan xtermasuk utiliti bil. 

Perubahan demi perubahan, (beli kereta)
Dapat je bank statement bulan ke-4 aku ajak awek aku "usha2" kereta, sbb xde kereta ni agak susah nak ke tempat client utk collect dokumen. Kadang2 tu hujan pulak so client pun takut nak pas dokumen kalau aku naik moto jer. Oleh kerana awek aku ni belajar finance so die byk bagi advice ttg how to manage duit dgn berhemah. Kalau diikutkan hati nak je terus pakai honda city sebab kereta tu kereta idaman. Pagi awal muharam 2011  aku & awek aku jalan2 di Glenmarie Shah Alam utk test drive Hyundai & MYVI, akhirnya lepas berdiscuss kami sepakat utk beli MYVI kaler putih. Tanggal 22hb Disember 2011 aku dpt jugak merasa kereta hasil titik peluh sendiri. 

Planning utk long-term
Nak expand company ni at least 1 branch within 5 years. Nak try sit exam for ACCA biar dapat Qualified Accountant & apply for Charted Public Accountant. 

Kepuasan hidupku sekarang,
Setiap hari aku xperlu meredah jem ke tempat kerja, nak shopping pun xperlu nak tunggu hujung bulan. Nak keluar jalan2/nak balik kampung pun anytime boleh. Duit pun sentiasa ade jer malahan boleh belanja lagi family, kwn2 & awek. Memang betul la 9/10 sumber rezeki dtgnya dari berniaga. 

Wednesday, May 25, 2011

fuh penatnyer

dah dekat 2tahun xmain tennis,so arini berbekalkan racket babolat hadiah dari awek,tepat pukul 4 ptg adik ku fuad ajak main tenis kat public court kat town.
memang ke laut la bila 1st hit. aku pun tegelak tgk bola tu keluar pagar.dh lepas 30 minit baru la ok.
pukul 6 dtg la pulak geng2 org tua halau kiteorg main kononnye dieorg bayar sewa kat majlis perbandaran nak main kat situ,walhal lantai court tu pun xrata,byk lubang2, rumput pun panjang. kalau aku memang xkan bayar la,buat rugi duit je dgn condition court mcm jalan raya.
xsabar nak main lagi tennis besok.

Mungkin anda minat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...